HYe..
da lame xtulis ape2 at blog..kekurngan Idea..nk tulis pe..
hurmm ape2 pun nak cite sket pasal CINTA JARAK JAUH!!!!!!
PeRsoaln ye la kan...mampu ke seseorng to menahan rindu ye pada keksih hati dia????HURMM
mybe yg da biase to akan rase alah bnde kecik je..so xsusah pun..
BUt not for me..coz seumur hidup sye berkapel xpernah lgi kapel jarak jauh2 nie..
coZ I think cinta jarak jauh nie xleh percaya..
hurmmmm tapi sye xsdar yg sbnarye sye pun akan merasa cinta jarak jauh nie..
Mcam skrang nie...PERAK N PAHANG...bukan negeri yg dekat taw..
so.. disini sye ade nyatakn sedikit tips cinta jarak jauh yg telah sye copy dari slah satu blog .. so sye share kan kepada smue pembaca kat blog sye..
yg sye rasakan mnarik untuk dijadikan ikutan..
selamat membaca
Tips Cinta Hubungan Jarak Jauh
Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?
Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu 
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.
1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya
)
2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.
3) Beri kejutan kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.
Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya
)
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
- ok ini saja yg dapt disharekan bersama............apa pun smoge tips nie menjadi ikutan untuk sye da pembaca2 yg lain..